Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs Ready To Work (PROTEGE-RTW) Fasa 9 (Pengambilan Tahun 2025)
Tarikh Tutup Permohonan 23 Februari 2025
Apa itu PROTÉGÉ-RTW?
Program PROTÉGÉ - Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW) yang dahulunya dikenali sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan satu program latihan bagi graduan muda menganggur, di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Antara instrumen penting di bawah program PROTÉGÉ-RTW adalah untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur bagi mendapatkan peluang pekerjaan Program ini melibatkan latihan bermodul di TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS), latihan penempatan dan bimbingan bersama TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang mengambil bahagian bagi tempoh 8 bulan.
Struktur Latihan
Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTÉGÉ-RTW adalah 8 bulan dan terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:
a) Soft-skills Training
b) On-the-Job Training (penempatan di TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang turut serta)
Syarat Kelayakan
Faedah Penyertaan
Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan. Kelayakan Cuti Tahunan Potongan PERKESO & EiS Bayaran balik rawatan perubatan
Komitmen Pelatih
TNB berhasrat untuk memberikan latihan berkualiti kepada semua peserta PROTEGE-RTW Fasa 9 agar kebolehpasaran para peserta dapat ditingkatkan sebaiknya. TNB juga amat menggalakkan para pelatih PROTEGE-RTW Fasa 9 agar menjadikan Industri Bekalan Elektrik Malaysia sebagai industri utama dalam pemilihan majikan untuk bekerja setelah tamat program. Oleh yang demikian, para pelatih adalah diminta untuk menyempurnakan program latihan sehingga lengkap 8 bulan, melainkan telah menerima tawaran kerja tetap yang setara dengan tahap pendidikan.